BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 1, 2011

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 =10
1 + 0 = (jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor

1.       1) Ketulenan
Ø  Hadir dengan idea baru.
Ø  Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Ø  Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Ø  Mereka suka mengambil inisiatif dan suka manjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss.
Ø  Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka


2) Pendamai

ü  Dilahirkan sebagai diplomat.
ü  Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
ü  Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
ü  Mereka tidak suka bersendirian.
ü  Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk Berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi
ü  Golongan ini secara semuladi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri ( self esteem ) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3.       3) Ceria
*      Mereka sangat kreatif, romantic dan mudah dibawa runding.
*      Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
*      Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
*      Mereka sangat popular dan idealistic.
*      Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih baik realistic


4.     4)  Konservatif
v  Golongan ini sangat peka dan tradisional.
v  Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
v  Meraka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
v  Mereka suka bekerja keras dan sungguh malakukan kerja secara sendirian
v  Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
v  Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
v  Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.




5.       5)Perintis
o   Mereka adalah perintis.
o   Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat ( enthusiasm ).
o   Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
o   Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk dipelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
o   Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
o   Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6.       6) Romantik
§  Golongan ini adalah idealistic dan memerlukan sesuatu sebab untuk bergembira.
§  Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka.
§  Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
§  Mereka sangat suka membantu dan menjaga seseorang.
§  Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
§  Mereka suka seni muzik.
§  Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
§  Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang xboleh
diubahnya.

7.       7) Intelektual
          
· Golongan ini adalah pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk mereka menerima sesuatu perkara dengan mudah.
· Perasaan mereka tidak mempengaruhi mereka.
· Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tida suka dipersoalkan.
· Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
· Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan masalah.
· Mereka sangat suka berahsia.
· Golongan mereka hidup dalam dunia mereka sendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8.Penyelesaian.
*      Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
*      Mereka adalah professional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
*      Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam Susana kehidupan yang terbaik.
*      Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
*      Mereka akan memberitahu seseorangdengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
*      Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9.Pelakon
Ø  Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Ø  Mereka sangat pemurah dan penyayang.
Ø  Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapa pun yang dianggap asing pada mereka.
Ø  Mereka mempunyai personality yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling untuk memahami mereka.
Ø  Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Ø  Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi boleh juga menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan[mood].
Ø  Untuk Berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

0 comments: